Monday, 21 November 2016

Pencarian Firenzzi Cooker Hood & Hob

 Alhamdulillah, akhirnya, kami sepakat membeli jenama Firenzzi. Setelah membuat pembayaran online, harapnya barang akan sampai dengan selamat. Cooker hood Slim Firenzzi ini, menggunakan power suction yang kuat iaitu 1493m3/hour. Harganya juga murah dan berbaloi, memandangkan saya suka hood ini jenis filter.

Update terkini: saya sudah tidak menggunakan Firenzi Hob kerana burner rapuh, dan kerosakan berlaku di luar tempoh waranti,  Bila saya kira balik, untuk menukar burner baru bagi kedua-dua belah beserta kos technician datang ke rumah, sudah RM300 lebih.Itu belum termasuk sekiranya ada kerosakan lain yang technician dapat detect, dan perlu kita tukar. Maka akan ada tambahan caj pada jumlah RM300 lebih tadi. Jadi, saya dan suami berpendapat, sebaiknya kami beli hob baru cuma tambah sedikit wang dan ada waranti. Kos secara terperinci, saya tidak ingat. Sekarang dalam RM300 ke atas sudah boleh beli hob baru kan. Cuma, untuk mencari ukuran hob yang sama seperti hob firenzzi agak susah dan model terhad sebab perlu ambil kira table top yang sudah kita potong ikut ukuran hob firenzzi.

Saya juga masih menggunakan Cooker Hood. Senang untuk uruskan. Alhamdulillah, saya sudah guna sejak hujung tahun 2016, sekarang masih elok. Dekat 3 tahun. Hnaya perlu uruskan bab kebersihan filter, dalaman hood dan kain serapan minyak tempat memasak. So far, saya berpuas hati dengan hood ini.

19 comments:

  1. Alhamdullillah, kedua-duanya barang sampai kelmarin 24 Nov 2016. Ventilation 10' pun yang dipesan oleh husband juga diterima serentak. Semua barang sampai dalam keadaan baik. Berani beli online dari Lazada kerana seller mendapat review yang baik dari pembeli sebelum ini. Syukur.Kerisauan saya, barang yang diterima pecah atau bukan barang yang seperti diiklankan. Hehehe. TQ Premium Store & Lazada.

    ReplyDelete
  2. Pengalaman menggunakan hood ni mcm mana? Bunyi kuat x? Dan maintains senang ke susah?

    ReplyDelete
  3. Bunyi hood Sederhana. Tak terlalu kuat. Nak maintain dan cuci juga tak susah. Boleh buka dan basuh air filter tu, dan bahagian dalam saya lap sahaja. Saluran udara ke luar pastikan ok. Kalau semasa memasak asap banyak, maknanya ada yang tak kena pada saluran tu. Setakat ini,saya berpuas hati dengan hood ini. Cuma untuk hob, kalau boleh beli yang lain ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hob dia cmna sis, api panas x? sbb sis ada mention better beli yg lain.. kenapa ya?

      Delete
    2. Maaf sis lambat reply. Pengalaman 2 tahun penggunaan, saya tak rekemen hob ini sebab besi dekat burner rapuh, mudah reput bila selalu masak. Dulu pemulas ketat.Masa tu under waranti, jadi mereka perbaiki. Sekarang, salah satu burner bunyi pelik bila memasak. Saya syak ada kebocoran. Dah tak guna dah burner tu.

      Delete
  4. Assalammualaikum wbt..setakat hujung tahun 2018, hood ok? cadang nak hood yang sama seperti puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih kerana bertanya. Hood okay Puan. Cuma bila proses pindah rumah baru, hood saya terkemek sikit. jadi hati-hati. Bunyinya bergantung kepada toleransi telinga seseorang. Saya pernah guna jenama lain sebelum ini dan bunyinya lebih kuat. Jadi, bila beli ini, bunyi kurang so saya ok.

      Delete
  5. Assalammualaikum wbt. Setakat Mac 2021, hood ok lagi? Bercadang nak hood yang sama seperti puan. Terima kasih puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam puan. Terima kasih kerana bertanya. Hood saya masih ok, Alhamdulilah. Sekadar berkongsi, saya hanya celup dan angkat kain yg serap minyak tu ke dalam air yg dicampur dengan serbuk pencuci baju. Saya buat berkali2 sehingga hilang minyak, bilas, keringkan dan pasang semula. Semoga bermanfaat pada puan dan pembaca yg singgah ke blog saya. tq

      Delete
  6. Assalam puan, nak Tanya hood ni boleh guna Tanpa saluran udara ke luar tak?
    L

    ReplyDelete
  7. Sis nk minta advise, suction hood 1493 ni cukup x tuk bila msk sambal and bau time msak sedut tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Sedut tapi kalau puan nak totally sedut semuanya, rasanya tidak.

      Delete
  8. Nak tanya..sy punya hood brand firenzzi..masalah sekarang tak bole bukak pintu hood..Sebab apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti kenapa. Saya punya hood masih boleh buka sehingga sekarang. Maaf saya tiada jawapan ini.

      Delete
  9. Salam. Slim cooker hood firenzzi ni tak perlu pasang hos udara ke luar ke? Installer ni cakap tak perlu. Tapi confuse bila beli dapat percuma hos tu 🤔. Puan punya ada pasang hos ke luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ya, saya minta installer pasang hos udara keluar dari dapur saya.

      Delete
  10. Salam, hood puan okay lagi? ada apa2 masalah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah. Saya masih gunakan sehingga kini. Cuma saya sudah beli filter yg baru untuk ganti yg lama. Kain filter yg lama sudah nipis dan tak mampu serap minyak. Harga 2 filter baru anggaran RM98- RM100. Saya beli di Shopee. Yg baru tiada kain, cuma ada charcoal saja. Juga button pun dah tak bole tekan. Jadi, saya hanya tutup suis sahaja lepas guna tanpa tekan button ru. Harap membantu.

      Delete

UNIFI PAKEJ 2020

Salam Sejahtera Semua. Pakej terbaru TM bermula 300Mbps RM199. Laju kan.. Hubungi saya di 01156649711 untuk semakan coverage dan pe...