Tuesday, 22 November 2016

Sarah's Mini Garden

Alhamdullilah. Bersyukur kerana tanaman semakin subur. Terutamanya pokok cili yang disemai oleh anak saya. Disemai dari bulan 8, 2016. Kalau diikutkan sudah 3 bulan. Tetapi ia masih kecil kerana saya jarang bubuh baja. Tetapi, setelah saya ikuti tips-tips tanaman cili, jadi akhirnya saya tetapkan tarikh bubuh baja adalah setiap minggu pada hari Sabtu pagi.

Ini lah pokok cili merah yang saya katakan. Daunnya besar, tetapi batangnya agak kecil. Jadi saya ikat tali pada balkoni untuk tujuan sokongan. Bilalah ia akan mengeluarkan cili.   


Ini pula pokok Rosemary, saya beli tahun lepas semasa berhoney moon dengan husband di Cameron Highland. Banyak pokok herba yang saya beli, tetapi hanya pokok ini yang masih segar, dan tumbuh sehingga sekarang... Alhamdullilah. Yang lain, sudah lama terkulai layu.. hehehehe. Pokok ini kiranya pencetus untuk minat saya dalam tanaman.πŸ˜€



Haa... ini pokok halia. Saya tanam sendiri. Dari satu pokok, naik pokok kedua. Setelah bubuh baja, Alhamdulillah, naik lagi 2 yang baru. πŸ‘




Last sekali, pokok pandan saya. Pokok ni saya beli di Nursery di Cheras. Lupa nama nursery tersebut. Dari polibeg, saya terus alihkan ia ke bekas minyak masak. Lebih besar space untuk media. Anak-anak saya suka memasak. Hari tu, daun tinggal sedikit kerana telah diambil oleh mereka untuk buat kuih.

Ada lagi pokok kangkung. Selama ini saya tak tahu pokok kangkung ada bunga. Ia membelit-belit tali dan mengeluarkan bunga. Nanti saya sambung tentang kankung saya...Alkisah mini garden saya, di apartment.🌳🌴🌱🌷🌷🌺🌸🌹


No comments:

Post a Comment

UNIFI PAKEJ 2020

Salam Sejahtera Semua. Pakej terbaru TM bermula 300Mbps RM199. Laju kan.. Hubungi saya di 01156649711 untuk semakan coverage dan pe...