Wednesday, 23 November 2016

Bunga-Bunga Kangkungku Mekar Setaman

Assalamualaikum. Hari ini seperti yang saya janjikan, saya akan cerita tentang pokok kangkung saya.

Lihat bawah ni... WAHHHH... Cantiknya.. Sedang berkembang..

Sebenarnya kangkung ni, banyak bunga... gembiranya saya, suami dan anak-anak apabila melihat bunga-bunga putih kangkung mekar setiap pagi. Menyerikan suasana apartment kami. Alhamdullilah.

Nampak kuntum-kuntum yang belum mekar, semuanya akan mengeluarkan bunga nanti... Saya besarkan gambar...




Tuesday, 22 November 2016

Sarah's Mini Garden

Alhamdullilah. Bersyukur kerana tanaman semakin subur. Terutamanya pokok cili yang disemai oleh anak saya. Disemai dari bulan 8, 2016. Kalau diikutkan sudah 3 bulan. Tetapi ia masih kecil kerana saya jarang bubuh baja. Tetapi, setelah saya ikuti tips-tips tanaman cili, jadi akhirnya saya tetapkan tarikh bubuh baja adalah setiap minggu pada hari Sabtu pagi.

Ini lah pokok cili merah yang saya katakan. Daunnya besar, tetapi batangnya agak kecil. Jadi saya ikat tali pada balkoni untuk tujuan sokongan. Bilalah ia akan mengeluarkan cili.   


Ini pula pokok Rosemary, saya beli tahun lepas semasa berhoney moon dengan husband di Cameron Highland. Banyak pokok herba yang saya beli, tetapi hanya pokok ini yang masih segar, dan tumbuh sehingga sekarang... Alhamdullilah. Yang lain, sudah lama terkulai layu.. hehehehe. Pokok ini kiranya pencetus untuk minat saya dalam tanaman.πŸ˜€



Haa... ini pokok halia. Saya tanam sendiri. Dari satu pokok, naik pokok kedua. Setelah bubuh baja, Alhamdulillah, naik lagi 2 yang baru. πŸ‘




Last sekali, pokok pandan saya. Pokok ni saya beli di Nursery di Cheras. Lupa nama nursery tersebut. Dari polibeg, saya terus alihkan ia ke bekas minyak masak. Lebih besar space untuk media. Anak-anak saya suka memasak. Hari tu, daun tinggal sedikit kerana telah diambil oleh mereka untuk buat kuih.

Ada lagi pokok kangkung. Selama ini saya tak tahu pokok kangkung ada bunga. Ia membelit-belit tali dan mengeluarkan bunga. Nanti saya sambung tentang kankung saya...Alkisah mini garden saya, di apartment.🌳🌴🌱🌷🌷🌺🌸🌹


Monday, 21 November 2016

My Marvellous Hubby & Daughter Shared Birthday

Alhamdulliah, hari ni baru post gambar Pavlova dan Kek Red Velvet yang saya pesan dari kak Lynda, Comellicious Cake House. Sedap dan menarik keknya seperti dalam gambar. Gambar ini saya ambil dari blog beliau. Kek-kek ini sempena hari jadi my dearest hubby & daughter, yang berkongsi tarikh lahir yang sama pada bulan November. Walaupun sudah 2 minngu lepas, saya postkan juga di sini. SELAMAT HARI JADI H&H 2016..


Pencarian Firenzzi Cooker Hood & Hob

 Alhamdulillah, akhirnya, kami sepakat membeli jenama Firenzzi. Setelah membuat pembayaran online, harapnya barang akan sampai dengan selamat. Cooker hood Slim Firenzzi ini, menggunakan power suction yang kuat iaitu 1493m3/hour. Harganya juga murah dan berbaloi, memandangkan saya suka hood ini jenis filter.

Update terkini: saya sudah tidak menggunakan Firenzi Hob kerana burner rapuh, dan kerosakan berlaku di luar tempoh waranti,  Bila saya kira balik, untuk menukar burner baru bagi kedua-dua belah beserta kos technician datang ke rumah, sudah RM300 lebih.Itu belum termasuk sekiranya ada kerosakan lain yang technician dapat detect, dan perlu kita tukar. Maka akan ada tambahan caj pada jumlah RM300 lebih tadi. Jadi, saya dan suami berpendapat, sebaiknya kami beli hob baru cuma tambah sedikit wang dan ada waranti. Kos secara terperinci, saya tidak ingat. Sekarang dalam RM300 ke atas sudah boleh beli hob baru kan. Cuma, untuk mencari ukuran hob yang sama seperti hob firenzzi agak susah dan model terhad sebab perlu ambil kira table top yang sudah kita potong ikut ukuran hob firenzzi.

Saya juga masih menggunakan Cooker Hood. Senang untuk uruskan. Alhamdulillah, saya sudah guna sejak hujung tahun 2016, sekarang masih elok. Dekat 3 tahun. Hnaya perlu uruskan bab kebersihan filter, dalaman hood dan kain serapan minyak tempat memasak. So far, saya berpuas hati dengan hood ini.

UNIFI PAKEJ 2020

Salam Sejahtera Semua. Pakej terbaru TM bermula 300Mbps RM199. Laju kan.. Hubungi saya di 01156649711 untuk semakan coverage dan pe...