Saturday, 17 February 2018

GONG XI FA CAI 2018 (CNY CELEBRATION 2018)



Salam semua..

Perayaan Tahun Baru Cina 2018 kali ini, saya dan anak-anak membuat kueh bak chang untuk santapan pada waktu pagi Tahun Baru Cina. Eh, gambar kad raya CNY yang kaler merah dan tengahnya ada kertas oren tu, dibuat sendiri oleh anak perempuan sulung saya untuk diberikan kepada gonggong (sebutan: kongkong), popo, gugu (sebutan: kuku) dan sepupu sepapat.

Persediaan dibuat pada malam Rabu 14 Feb 2018, dengan merendam pulut, daun buluh, mushrooom dan marinate ayam.

Keesokkan pagi Khamis 15 Feb 2018, saya, suami dan anak-anak sama-sama menggoreng pulut separuh masak, mushroom, dan ayam serta menyediakan telur masin (kuning sahaja). Selepas semua bahan tersedia, kami membalut pulut beserta intinya ke dalam daun buluh dan ikat.

(Hati-hati ya, kerana sekiranya silap balutan dan ikatan tali tidak kuat, pulut akan terbuka semasa proses merebus)

Setelah selesai membalut pulut dan mengemas dapur, kami bertolak ke rumah ibu dan bapa mertua saya dan merebus pulut di sana selama 2 jam..

Alhamdulillah, bak chang siap pada jam 8 malam.

Gambar di atas adalah gambar diambil pada tengah hari raya pertama Tahun Baru Cina. Resepi tiada di sini hehehe. Saya akan letak resepi di lain post, Insya Allah. Sebab saya merancang untuk membuat bak chang pada hari raya ke-4 kerana bak chang sudah habis dimakan pada hari pertama CNY dan daun buluh masih berbaki. Sayang kiranya tidak digunakan.

Ahli keluarga semua hantu bak chang terutamanya suami, anak-anak, mak dan bapa mertua saya serta ipar duai hehehe.

Alhamdulillah.

Jemput makan :)




UNIFI PAKEJ 2020

Salam Sejahtera Semua. Pakej terbaru TM bermula 300Mbps RM199. Laju kan.. Hubungi saya di 01156649711 untuk semakan coverage dan pe...